Masih Belajar atau Jadi Bisu

Masih belajar? Yup itulah ungkapan yang nak saya luahkan pada kali ini. Pada dasarnya masih banyak lagi benda yang perlu saya explore di dunia ini. Seperti pepatah orang putih “Everyday Is A New Day”. Macam mana itu. Benda yang kita nak belajar itu dah ada lagi benda yang baru lagi keluar. Huhu… Payahlah macam itu. Tetapi atas kehendak semasa untuk meneruskan era revolusi ini, nak tak nak kena belajar juga sebab penting untuk survivor.

Seperti mana bidang yang lain contohnya matematik, kita kena perlu mengetahui asas matematik baru boleh buat matematik yang rumit. Contohnya; bayi yang ingin belajar berjalan yang pada mulanya merangkak untuk pergi ke satu tempat ke tempat yang lain. Oleh sebab kegigihannya untuk berjalan seperti kedua ibubapanya maka usaha yang sedikit lama-lama jadi bukit.

Alangkah peliknya jika kita mendengar seseorang mengatakan “saya tahu jawapannya” sedangkan kita masih lagi tertanya-tanya. Pernah sekali saya terkejut dengan kenyataan yang terkeluar dari mulut rakan saya sendiri mengatakan “Malu, lapar”. Ringkas tapi sangat berbisa. Tidak lupa bila masuk ke universiti terdengar pula kenyataan seperti “Bodoh, sombong”. Persoalannya apa kaitan dengan “saya tahu jawapannya” dengan “Malu, lapar” dan “Bodoh, Sombong”? Jawapannya sungguh rapat sekali bagai hubungan kekeluargaan yang saling berkaitan.

Salah satu lagi pepatah inggeris yang menjadi pujaan dalam bidan sastra ialah “Nothing Is Imposible”. Mana yang panas itu terus jadi sejuk. Mana ketidaknya dari kenyataan tersebut sudah terang-terang mengatakan tiada yang mustahil. Jadi buat apa nak dirumitkan lagi keadaan. Haha… Pendek kata bila kita dalam kesusahan kita fikir saja “Nothing Is Imposible” mudah-mudahan terkabul sebab seperti yang saya katakan tadi semuanya bermula dari dasar (asas, permulaan, diciptakan oleh manusia). Secara ringkasnya setiap soalan ada jawapannya dan jawapannya itu mesti berlainan bergantung kepada kekreatifan individu tersebut.

Hemm… Pada hari ini juga saya jadi Global Moderator (GM) dalam sebuah forum yang saya selalu sertai sekarang dan nampaknya banyak benda lagi yang saya harus belajar. Sudah semestinya tanggungjawab semakin berat tetapi saya sangat menyukainya sebab saya boleh menambahkan lagi ilmu dan pengetahuan dalam mengurus sebahagian ruang forum tersebut. Jadi dengan itu sebagai GM yang baru, saya cuba sedaya upaya saya untuk menaikkan taraf forum tersebut.

..::Damaiku disertai dengan senyuman::..

One Response

  1. Tahniah boh and Happy Blogging. Aku ada add kau daam blog ku.

    Mea2 pun all the best daam paajaratn ngan karidupan boh. Ingat “nothing is impossible” and “be thankful” (basyukur)!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: