Ilham “Header” baru

Selepas berjaya memikirkan dan menghasilkan “Header” sendiri sebagai “Trade Mark” dan kepuasan diri, kali ini saya berjaya menghasilkan satu lagi “Header” yang ke-2. Pada mulanya saya bercadang untuk mencari “theme” yang baru untuk laman blog saya ini. Setelah lama mencari dari satu kategori ke kategori yang lain akhirnya bertemu dan terpikat dengan “theme” yang dibuat oleh Jide yang bertemakan “Freshy”. Malangnya “header” yang sebelum ini agak besar untuk dimuatkan dalam ruang “header custom” dalam ruang “theme” yang baru membuatkan saya memikirkan “alternative” lain iaitu membuat “header” yang baru. Maklumla nak buat “theme” sendiri tidak tahu pula. Haha…

Seperti yang sedia maklum, menghasilkan produk atau perkhidmatan bukanlah sesuatu untuk dipasarkan semata-mata. Dalam konteks ini, saya merujuk kepada penghasilan “header” baru.

Berbalik kepada cerita diatas, menghasilkan suatu produk atau perkhidmatan, adalah amat penting untuk kita memikirkan tema atau objektif. Ini adalah disebabkan dengan adanya tema atau objektif atau kedua-duanya sekali akan membuatkan kita membuat senang untuk menghasilkan barangan yang seterusnya. Sepertimana yang saya katakan tadi, apabila kita menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baru, ia mesti menggambarkan diri kita atau nama lainnya ialah “trademark” atau “brand name”. Jadi apabila orang melihat produk atau perkhidmatan tersebut, secara automatik mereka akan ingat kepada hasil keluaran yang kita keluarkan.

Bercerita tentang tema memerlukan daya kreatif dan pandangan jauh. Ini adalah disebabkan satu tema itu akan terus kekal selamanya seiring dengan produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan. Dengan itu pastikan objektif yang dibuat perlu di kemas kini “Update” dan tidak lari dari objektif utama untuk memastikan tema tersebut masih relevan dan terus berkembang. Tetapi untuk memastikan terus bersaing dengan pesaing yang sedia ada, jangan sesekali mendedahkan rahsia yang menjadi tunjang utama kejayaan sesuatu produk atau perkhidmatan.

Tema yang saya gunakan dalam menghasilkan “header” ini adalah “dekat kabur, jauh terang”. Maksudnya, kita hendaklah berfikiran luas dan terbuka (jauh terang) untuk melihat apa yang berlaku di sekeliling kita. Ini adalah disebabkan bila kita berfikiran sempit (dekat kabur), pandangan kita terhad dan kita mungkin akan terlepas pandang sesuatu yang penting. Sebab itulah saya lebih kepada berfikiran secara rasional dan atas dasar pengalaman sendiri memandangkan kita boleh berfikir betul atau tidak, logik atau tidak logik. Membuat satu tindakan atas tiket suara orang lain (terlalu ikut perasaan) akan memakan diri sendiri.

Dengan itu berakhirlah cerita tantang cerita disebalik “Ilham ‘Header’ baru”. Terima kasih kerana sudi membaca sampai disini.

…:::Berakhir dengan kedamaian dan pulang dengan senyuman:::…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: