Berakhir sudah MPG MC110 2008

Akhirnya Malam Pra-Graduan pun tamat sudah sabtu minggu lepas. Nampaknya semua dalam jangkaan saya and tak ada yang bisa membuatkan kita rasa terkejut. Tetapi apa yang mengejutkan banyak komen dan rasa tidak puas hati. Mana tidaknya banyak persembahan terpaksa dibatalakan atas faktor masa tidak mencukupi. Seperti biasa kita tidak dapat lari dari segala masalah. Namun itulah hakikatnya. Jadi dipendekkan cerita terimalah seadanya.

Berita terbaru yang sampai ke gegendang telinga ini iaitu wujudnya satu blog untuk melepaskan perasaan tidak puan hati itu. Wah sampai begitu sekali ya bila seseorang rasa tidak puas hati dan tak ada tempat untuk mengadu. Mungkin ada dan ada sebabnya, kita pun tidak tahu. Anyway itulah kita sebagai manusia dan dunia yang serba moden ini, banyak cabang untuk menunjukkan dan meluahkan perasaan. Salah satu tempat yang popular kini iaitu melalui blog. Haha…memang tidak asing lagi. Tak perlula saya nyatakan disini apa nama blog tersebut…suatu hari nanti akan terbongkar juga

Bagi saya event MPG ni agak biasa dimana ada performance by the chef, group members dan org luar. Biasala kan. Dari segi makanan juga agak menarik. Well orang kampungan macam saya ni mana ada peluang makan kat hotel. hehe… So kira agak seronokla dapat makan apa entah (tak ingat…nama pelik-pelik dalam menu) dengan rasa yang kita tak pernah rasa sebelum ini. Syabas kepada ajk makanan yang menyediakan makanan yang jarang kita makan kat kaki lima, rumah atau di kandang (bagi yang tinggal di Puncak Perdana saja tau mana kandang). Cuma satulah komen tentang makanan pada malam itu, kalau gelap mcm mana nak makan…huhu. Nasib baik ada bawa lampu suluh. Wakakaka…

Persembahan pada malam itu juga agak menarik dengan kehadiran kumpulan band “Estrange” dan “Nitrious”. Mula-mula memangla nampak semua macam biasa tapi bila dah naik ke pentas semuanya berubah sama sekali. Yang mana tidak disangkakan menjadi tersangkakan malam itu tetapi bukan kejutan ye… haha… jangan marah. Part yang dinanti-nantikan bahagian documentary class. Mana tidaknya editornya ada turut serta ma… silap dan salah akan direveal time tuh. Yang hebatnya semua orang akan tengok dan boleh start menilai time tuh. Akhirnya saya tertarik dengan satu video yang dibuat oleh kelas D. Simple and just nice plus fun. Haha… congratulation to those who made it.

Selain video presentation ada juga persembahan kelas. Sekali lagi saya nervous. Maklumla bukan selalu naik pentas. Boleh kira berapa kali la kawan (lebih dari 1, kurang daripada 100 dalam masa setahun)…haha. Jadi nak tak nak buat saja apa yang mampu dibuat dengan satu kelas menari dan pentas yang kecik. Jadi agak kelam-kabut la…huhu… But the best part is “Just Enjoy Yourself” up there. Yeah…I’m suck and everyone suck too…wakakaka. Fair enough right. Bak logo nike “Just Do It”

Transportation very well manage. Thanks to the ajk logistik dan pengangkutan. Tak kisahla dapat naik bas UiTM, janji dapat pergi MPG dengan bayaran RM200. Time itu saya dapat tempat duduk VIP dimana saya boleh duduk suka hati saya mana nak duduk. Malangnya, bas driver tidak tau jalan nak pergi ke MPG tu. Kita orang berhenti di depan KLCC. Cun-cun di taman. Hemm…terpaksala bagi yang pakar untuk terangkan kepada driver. Jadi call ajk protocol malam itu untuk terangkan dengan lebih jelas lagi. Thanks to them. Kalau tidak tak sampailah kita orang. Puas gak mata memandang diaorang berbual melalui telefon. Abis je berbual kita pun bergerak menuju MPG 2008. Tak sampai 5 minit kita orang pun sampai di tempat kejadian. Wah…sungguh grand gitu (tempatnya). Bila time balik pula berjalan lancar. Tidak ada yang berdiri dan pulang dengan selamat.

Bagi saya flow event pada malam itu ok. Tidak banyak berlaku kelam-kabut walaupun agak lambat untuk memulakan bagi acara yang banyak. Time? lupa pula nak catat jam berapa mula. Yang pasti agak lambatla. Then macam majlis yang lain makan-makan sambil menikmati persembahan. Bila mula lambat, habis pun terpaksa di awalkan dari jadual sebenar kerana kalau dilanjutkan lagi akan ada lebihan bayaran sewa tempat. Jadi nanti berlakulah budget lari. Hah siapa nak bayar kan. RM200 itu pun berat tangan nak keluarkan dari poket. Sumber pun dari FAMA Founcation (Father and Mama) anak kampungan lagi tu dengan malasah ekonomi yang kita hadapi sekarang. Dari situlah banyak lagi persembahan dan acara yang lain yang sepatutnya berlangsung tetapi terpaksa dibatal. Bagi mana-mana yang tidak perform malam itu memang banyak mengeluh. Anyway saya tak masuk campur dengan hal macam itu sebab saya pegang prinsip “Think Logical and Be Rasional.

Anyway bagi saya MPG 2008 boleh tahan (dianjurkan oleh budak-budak kita sendiri yang sama-sama belajar dan tidak seperti yang sudah pro macam di luar tu). Dressing semua gempak-gempak dengan tema “Muhibah”. Bermacam warna dan fasyen boleh kita lihat pada hari tersebut. Syabas kepada budak-budak MC110 2008 tahun akhir dan once and only junior in Puncak Perdana. We are the Youth.

Gambar dan video akan diletakkan dalam page WHATEVER

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: