Mengisi masa lapang dengan memancing

Memancing di tepi pantai adalah salah satu aktiviti yang menenangkan sambil menunggu ikan memakan umpannya. Tetapi semua itu terbatas jika hari hujan tak henti-henti menyiram bumi yang sudah basah menunggu saat untuk banjir.

Sebelum itu, untuk ke tempat yang di tuju kena melalui jalan berbukit-bukau (kawasan penanaman sawit) dan menyeberang anak sungai. Dengan menunggang motosikal dapat mengurang masa ke 30 minit (cuaca baik) untuk ke destinasi yang dituju iaitu koceng (salah satu tempat yang baik untuk memancing). Jalan alternatif adalah melalui tepi pantai tetapi kena menyeberangi kuala koceng dimana motosikal perlu di diangkat dan dibawa dengan kayu untuk mengelakkan daripada teremdam dalam air tawar yang bercampur air laut.


Setelah sampai di koceng, kami singgah sebentar di pondok yang siap terbina (Pondok kepunyaan Asen) untuk meletak barang keperluan yang di bawa dari rumah. Ingin merasa bermalam semalam di kawasan bukit memerlukan pengalaman “survivor” supaya masalah yang tidak diingini dapat dielakkan.

Musim hujan yang turun tak henti-henti pada hari tersebut membuatkan kami hanya duduk di pondok. Aktiviti kami pada masa itu terbatas dan kami hanya sempat untuk memasak makanan untuk makan malam. Memandangkan hujan tidak berhenti, kami memutuskan untuk tidur awal dan sedia untuk keesokkan harinya.

Tetapi malangnya hujan juga tidak berhenti juga membuatkkan kami hanya pergi mencari siput di paya bakau. Persediaan awal dengan menyapu losyen anti-nyamuk membuatkan kami tidak takut pada nyamuk paya bakau yang datang menyerang. Walaupun hujan renyai-renyai dan kadang-kadang lebat itu tidak membuatkan kami berhenti untuk mencari siput.

Melihat keadaan yang semakin tidak mengizinkan, kami mengambik keputusan untuk pulang awal untuk mengelak dari terkandas akibat arus deras air sungai yang turun dari gunung. Ternyata apabila di Kampung Sungai Merah, jambatan kecil yang mengubung kampung berkenaan terputus dibawa arus deras. Perjalanan kami tersenti seketika memikirkan apa yang patut dibuat. Serpihan jambatan kecil yang terpisah akhirnya dijumpai semula dan kami terus memasangnya semula. Walaupun berat itulah satu-satunya jalan yang terbaik untuk pulang kerumah memandangkan jalan alternatif lain dihalang dengan arus deras dan berbahaya untuk menyeberang.

Semasa bergotong royng mengangkat serpihan jembatan tersebut, kami terjumpa sesuatu yang aneh, Pokok pisang yang sudah dipotong tetapi keluar tandan pisang dan ada yang sudah masak walaupun hanya sebesar jari penunjuk.

Setelah siap memasang jambatan kamipun menyeberang dan pulang dengan hati tenang. Dalam perjalanan pulang saya sempat melihat kawasan yang dinaiki air seperti di kawasan sawah padi dan kawasan tadahan air untuk mengairi kawasan sawah padi.

Itulah pengalaman yang menakutkan dan paling menyoronokkan untuk saat ini. Terima kasih kerana membaca.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: