Jauh? Bukan satu penghalang

Ketiadaan internet selama 3 hari bermula hari sabtu sampai hari isnin membuatkan kami nekad untuk keluar mencari cc (cyber cafe) yang berdekatan. Tetapi cc yang paling dekat pun di seksyen 13 berdepan dengan pangsapuri Acapella Jauh? Memang jauh jika nak dibanding dengan tempat rumah sewa kami yang terletak di Batu 3.Disebabkan kekurangan perkhidmatan awam, kami nekad untuk berjalan kaki dari rumah sewa ke Giant dan seterusnya ke cc pilihan yang mengambil masa 20 ke 30 minit.

Berjalan kaki dengan kawan saya semasa hujan renyai - renyai

Berjalan kaki dengan kawan saya semasa hujan renyai - renyai

Hujan atau panas bukan satu penghalang untuk kami meneruskan perjalanan kami. Kadang-kala juga terasa seperti pekerja asing atau budak kampungan bila kami berjalan kaki ke destinasi impian. Basah kuyup dan kadang-kadang terasa bagai disalai pun ada. Tatapi mainan minda itu langsung tidak mematahkan hasrat kami untuk terus meneruskan perjalanan. Disamping itu juga kami juga sudah siap bersedia untuk menghadapi sebarang dugaan memandangkan tiada jalan khas disediakan untuk pejalan kaki. Bila-bila masa saja perkara yang tak diingini boleh berlaku lebih-lebih lagi  jika keadaan trafik yang semakin sibuk pada waktu kemuncak.

Pastikan tiada kenderaan barulah melintas jalan.

Simpang jalan yang perlu kami lalui. PERHATIAN: Pastikan tiada kenderaan barulah melintas jalan.

Perjalanan selama 20 ke 30 minit itu hilang selepas sampai ke destinasi yang dituju. Cc yang dilengkapi penyejuk udara menghilangkan rasa letih. Selepas di cc kami berpatah balik menuju ke pasaraya besar Giant untuk membeli barang keperluan harian. Makan dan minum juga dilakukan di Giant untuk menghilangkan rasa haus dan lapar. Akhirnya bila balik kami menggunakan perkhidmatan teksi kerana agak bahaya untuk berjalan kaki pada waktu malam. Kadar bayaran sebanyak RM6 untuk balik ke rumah sewa yang bertempat di Batu 3. Sekian saja cerita untuk santapan semua…

Pemandangan semasa duduk di tepi Giant

Pemandangan semasa duduk di tepi Giant

Panas terik menyinari Stadium Shah Alam

Panas terik menyinari Stadium Shah Alam

Sekian saja….Terima kasih kerana membaca.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: