Isu mat rempit…

Saban hari kita sering mendengar nama “mat rempit” di media-media massa. Ada yang mati bergelimpangan di jalanan setelah penat beraksi, ada yang makin berani menunjukkan aksi – aksi akrobatik mereka di khalayak ramai dan tidak lupa ada juga yang membuat kerjaya sebagai penjenayah. Jadi adakah betul mereka yang melakukan perkara sedemikian adalah daripada golongan mat rempit atau ada pihak yang sengaja mengambil kesempatan daripada itu supaya mat rempit dipersalahkan atau media massa sengaja membesarkan isu mat rempit untuk menarik perhatian pembaca. Jadi fikirlah sendiri. Semua yang berlaku itu ada relevannya tersendiri.

Pada pengetahuan saya istilah mat rempit ini digunakan kepada mereka yang menggunakan motosikal dan membuat perkara yang menyalahi undang – undang jalan raya dan mereka mestilah bergerak dalam kumpulan. Tetapi adakah perbuatan melebelkan mereka sebagai mat rempit itu sebagai relevan atau tidak. Jadi persoalannya disini kenapa pulak sekarang ini aktiviti mat rempit semakin menjadi – jadi sehingga menjadi isu hangat diperkatakan sekarang ini?

Pada pandangan sayalah, istilah mat rempit tidak lagi sesuai digunakan untuk melebelkan mereka yang bermasalah untuk mematuhi undang – undang jalan raya. Impaknya bukan kepada menyedari masyarakat tentang gejala negatif yang dilakukan oleh mat rempit tetapi kepada minda – minda anak – anak kecil. Kanak – kanak sekarang ini lebih suka meniru aksi mat rempit. Berbalik kepada istilah mat rempit ini, siapa yang menciptanya? Masyarakat atau golongan mereka yang bermotosikal dan melakukan jenayah jalan raya itu tadi?

Pada pandangan saya lagi, faktor – faktor penyebab kepada peningkatan mat rempit di jalanan adalah keseronokan dengan bermodalkan wang yang sedikit, tahap kesedaran masyarakat terhadap golongan tersebut, kurangnya perhatian ibubapa terhadap anak – anak mereka dan media.

Cuba bayangkan kehidupan tanpa kesoronokan pasti sangat membosankan dan mendorong kepada tekanan hidup. Bermodalkan RM10 – RM30 boleh membuat seorang yang telah dilebalkan sebagai mat rempit untuk berhibur di malam hari. Ini adalah disebabkan mereka bergerak berkumpulan. Andai kata dalam kumpulan itu ada 10 orang dan mampunyai wang saku sebanyak RM30 seorang. Jadi semuanya sebanyak RM300 dan itu sudah cukup untuk berhibur satu malam.

Jika berlaku kes jenayah seperti contoh kes ragut atau kecurian moto hanya tahu menyalahkan mat rempit dan bukannya individu yang dilebalkan sebagai mat rempit itu tadi. Lebih menyedihkan lagi tiada satupun masyarakat yang mengenali siapa mat rempit yang melakukan perbuatan berkenaan. Biasalahkan…mana – mana penjenayah pun tidak akan mendedahkan identiti mereka untuk pengetahuan umum. Haha… Selain itu tanggapan masyarakat sekarang ini lebih kepada melebelkan sesiapa sahaja yang menggunakan motosikal (terutama remaja)kepada mat rempit disebabkan masyarakat sering didedahkan kepada isu mat rempit dan itu tidak adil kepada mereka yang tidak melakukannya. Apabila masyarakat dah “mind set” sedemikian, kemungkinan mereka untuk menjadi mat rempit semakin tinggi. Maklumlah sekarang ini bila dinafikan nanti tak percaya. “Daripada dilebelkan sebagai mat rempit (padahal tidak terfikir untuk menjadi mat rempit pada mulanya) lebih baik jadi mat rempit”. Jadi, adakah masyarakat yang membentuk budaya mat rempit itu tadi?

Ibu bapa pula manjakan anak – anak mereka kerana sibuk dengan kerja harian sehinggakan perkembangan minda anak – anak mereka tidak di pantau. Memang mereka nampak rajin belajar tapi adakah ilmu yang dipelajari itu ilmu yang mendatangkan manfaat kepada mereka suatu masa nanti atau mendorong mereka untuk menjadi seorang penjenayah? Malah lebih teruk lagi ibu bapa lebih mempercayai kata – kata anak mereka tanpa membuat siasatan. Ini mendorong untuk anak – anak mereka mengambil kesempatan berselindung atas nama ibubapa untuk melakukan jenayah kecil – kecilan. Maklumlah siapa tidak sayangkan anak tetapi kalau anak tak sayangkan ibubapa pun tak guna nak sayangkan anak. Menyusahkan ibubapa di kemudian hari sahaja. haha…

Sering kali kita mendengar media selalu dipersalahkan. Tetapi kita tidak boleh mempersalahkan media 100%. Ini adalah disebabkan isi kandungan yang akan dipertontonkan kepada umum adalah bergantung kepada individu yang memuatkannya ke dalam media. Mungkin maksudnya baik iaitu menyedari orang ramai tentang sesuatu tindakan tetapi berapa ramai yang memahaminya. Jawapannya mungkin ada pada keseronokan dengan bermodalkan wang sedikit, kesedaran orang ramai dan ibu bapa itu tadi. Jadi di sini media hanya sebagai pengantara untuk menyampaikan maklumat. Baik atau buruk media tersebut bergantung kepada individu yang menilainya.

Kesimpulannya, saya berpendapat istilah mat rempit perlu digantikan dengan “jiwa kacau” atau sinonim dengannya yang mana tidak manis didengar oleh orang ramai. Selain itu, kawalan atau menghentikan penjualan motosikal berkapasiti 250 cc ke bawah kerana terlalu ramai pemilik motosikal dibawah ketegori ini dan tingkatkan perkhidmatan awam. Impaknya yang dapat dilihat adalah tidak semua orang akan dapat memiliki motosikal berkasiti tinggi dan pantauan senang dibuat. Malah “maintanance” untuk motosikal berkapasiti 250 cc ke atas adalah tinggi dan akan membuat pemiliknya untuk berfikir kearah penggunaan secara bijak. Selain itu kecekapan pihak berkuasa untuk menangani masalah kecurian motosikal yang semakin berleluasa yang mana motosikal yang dicuri itu mungkin akan digunakan untuk aktiviti mat rempit atau sebagai modal untuk menjadi mat rempit.

Kesemua bahan cerita di atas adalah hasil daripada pemikiran saya. Jika terdapat percangahan pendapat antara saya dan pembaca saya, silalah kemukakan cadangan anda di ruang komen. Saya sangat berbesar hati untuk membaca apa yang pembaca saya fikirkan.

“Bersama – sama kita fikirkan”

Terima kasih kerana mambaca.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: